Selasa, 24 September 2013

Jom Join Booth Craft

ASsalamua'laikum....

Hai korang!!....

Sabtu dan Ahad ni ( 28 & 29hb September 2013 ) saya akan mula berniaga di Tapak Pasar sehari Arked Niaga Padang Besar. Percubaan pertama berniaga offline setelah hampir setahun berniaga online (^_^")

Saya nak buka peluang pada mana2 crafter yang berminat nak letak barang jualan di gerai saya, ( yang tinggal di Perlis amat dialukan )

Kalau ada yang berminat, baca syarat2 kat bawah eak... kalau betul2 setuju dengan syarat2 tu semua korang contact saya cepat2 okey...

Syarat - syarat beliau ialah :

1. Barang2 handmade sahaja - barang2 'kilang made' spt. baju, kasut, beg dll. saya takmo... owh... makanan & minuman pun takmo jugak sebab dorang bukan kraft.. (+_+")y
2. Bayaran RM 5.00 untuk handling fee. - luar Perlis RM 12.00 ( termasuk RM 7.00 untuk kos pos balik barang tak terjual )
3. Bagitau dulu jenis barang kraft korang dan saya berhak menolak @ taknak amek barang yang tak menepati kriteria.
4. Korang buleh tetapkan harga tolak dan harga cadangan untuk dijual bagi produk korang. kalau komisen sikit, saya berhak menaikkan sikit harga bagi mengambil kira harga tawar menawar oleh pelanggan nanti.
5. Barang2 yang diterima selewatnya sehari sebelum booth dibuka sahaja yang akan diterima. Kalau korang tetiba muncul kat booth dan nak minta saya tolong jual barang time tu jugak... korang nangis guling2 pun saya tak terima tau.... saya serius ni... huhu...
6. Korang tertakluk pada perjanjian bersumpah seperti berikut.... "sesungguhnya saya.... ( nama korang )... bersetuju dengan semua syarat2 di atas dan berjanji tidak akan mendesak cik Miera untuk menjual kesemua hasil kraft saya dan saya akan redha walaupun berapa ringgit yang akan saya dapat hasil dari jualan kraft saya yang terjual"

Okey korang... sapa berminat contact saya cepat2 tau. Saya akan buka booth setiap minggu hari Sabtu dan Ahad, cuti umum dan setiap hari pada musim cuti sekolah. Cara nak contact ialah :

Mesej kat henpon saya : 012 - 5333879 ( tak dak broadband, jgn wassup okep... )

Email :mierahandmade@gmail.com ( tulis tajuk email "saya nak letak barang di booth"

Tempat dan jumlah stok terhad tau. Kalau saya dapat banyak sangat barang untuk dijual nanti, saya berhak tolak dan tak nak amek dah. Jadi sapa2 berminat cepat2 bertindak ya....

Babai Korang!!!... selamat berkraft (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan