Khamis, 21 Ogos 2014

Take My Hand To Jannah - Part 3 (Reception Day - Baling, Kedah)

Assalamua'laikum,

Hai korang!!...

Harini nak share majlis di pihak lelaki pulak. Majlis kami jarak seminggu, tapi tak sempat nak ilek-ilek sangat pun, selesai ja majlis dipihak saya ( Perlis ), sibuk-sibuk pulak prepare untuk nak pegi majlis rumah encik asben. Letih tak yah cakap la, lepas selesai majlis semua, saya demam sebulan hooo... 
Untuk majlis pihak lelaki, pelamin, bilik dan meja makan beradap semua DIY ja, hasil tangan sedara mara encik asben. Ringkas, tapi comel... ☺saya suka hahaha.... Warna tema pihak lelaki Purple Silver tapi yang macam tak best, hasil make up saya dah tak macam muka saya.. huhu... saya rasa macam dah jadi garang dan sedih dengan make up macam tu.. huhu.. redha jer la. dah siap baru tengok cermin... nah... naalaaaaa.... baq hang. Tak leh nak buat apa dah dengan siap pun ngam-ngam pukul 1:00 dah.. 













Settle majlis di pihak lelaki, nanti saya cari-cari gambar hantaran pulak, Hasil DIY jugak tu. Then, nanti last part entry baru saya share semua list yang terlibat, nombor-nombor contact MUA, Bridal, Cameraman dan lain-lain ok. Yang Pasti semua berbaloi-baloi... tak membazir pun. Sementelah kami, lepas kawin ja terus tinggal berdikari, banyak duit nak guna lagi kan, even encik asben dah sediakan yang penting-penting pun, as gegurl.. macam-macam la nak tambah la nak tukar la kan...

Terima kasih sudi singgah.

Babai Korang!!!... (^___^")y 

Rabu, 20 Ogos 2014

Take My Hand To Jannah - Part 2 (Reception Day)

Assalamua'laikum,

Hai korang!!...

Okep.. sambungan wedding day saya... dah selesai majlis akad nikah malam tu, esoknya ada majlis resepi dipihak perempuan rumah saya la tuuu... ☺
Majlis dikampung ni semua buat gotong royong, sesudah subuh ja dah ramai orang kampung, ahli-ahli rewang semua datang. Adat la kan, tiap majlis mesti ada dugaan, terkena jugak la... malam lepas akad nikah time nak tido tu kaki kena gigit lebah.. hamboi. hamboiiii... manis sangat dah tu darah ni... then esoknya en.asben pulak datang ambik lewat untuk pegi make-up, bayangkan, pukul 10:30 pagi pengantin still ilek-ilek makan pop corn lagi kat rumah ha... dengan pakaian ala-ala nak pi berjimba ria tu... huhu... orang kampung dah makin ramai dah.. kesabaran ku teruji disitu  then lagi, ikutkan tengahari tu rombongan lelaki datang dengan iringan konvoi bermotosikal, tapi salah sorang ahli konvoi pulak excident, maka iringan konvoi dibatalkan. 
Tapi Alhamdulillah, setakat tu ja dugaan, lepas pengantin lelaki datang dan sepanjang majlis berlangsung, semua berjalan dengan lancar, lauk pauk, doorgift semua cukup. Pengantin pun senyummm ja memanjang.. mwahahaha... ☺





















Biar gambar berbicara.. hukhuk.... 

Masa outdoor saya terlupa bawak bunga tangan, huih... tragedi sungguh la.. terus kekok nak possing, naseb la cameraman kami sanggup redah tasik bagi memetik bunga-bunga purple di tasik tu hhuhu. tenkiu la na. Tak dak rezeki nak possing dengan bunga tangan hasil DIY tu kat luar. 
Next entry saya share majlis bertandang di pihak lelaki di Baling, Kedah pulak na...
Doakan kebahagiaan kami... Our Journey is begins... ☺

Terima kasih sudi singgah!!...
Babai korang!!... 


Selasa, 19 Ogos 2014

Take My Hand To Jannah - Part 1 (Solemnization / Akad nikah)

Assalamua'laikum,...

Hai korang... (^__^")y

Lama sangat kot janji nak buat entry pasal solemnization story saya kan.. dah dekat 5 bulan pun majlis berlalu, baru harini rasa lapang sikit. Sebelum tengok-tengok gambar majlis kahwin saya, jom sama-sama baca doa ni dulu.. ☺

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA 
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"

“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan 
kamu berdua dalam kebaikan“.

(HR. Shahih Tirmidzi 1/317) 

Majlis akad nikah, bersanding dan bertandang kami simple ja... macam yang korang tau, kalau selalu follow entry saya sebelum-sebelum ni la, banyak yang saya DIY untuk majlis ni. Hantaran, doorgift, baju akad nikah.. saya buat sendiri ja. Punya semangat tau, sampai pagi hari akad nikah tu pun masih terkial-kial lagi siapkan veil... malam tu tu dah nak akad dah. Tengah siap-siap nak iron baju pagi tu baru perasan ada beberapa part kat veil belum siap jahit lagi. huh.. kenangan tu... ☺
Majlis akad nikah lepas Isyak, lepas maghrib baru saya start siap-siap make up. Lepas Maghrib tu orang dah penuh kat luar, majlis dikampung kan, meriahnya lain macam sikit. Malam akad tu pun dah macam kenduri siang dah, nak-nak pulak akad nikah kat rumah. Meriah sungguh la... ☺ 

Jumaat, 8 Ogos 2014

Fridge Magnet - Bird

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!....

Projek kraft baru ja bermula, suam2 kuku ja lagi tahap kerajinan ni... mood raya lagi weh... 
Apapun saya dah buka tempahan untuk semua handmade kraft, special price untuk bulk order tau..
Sebelum ni en.asben iya-iya ja mintak saya buatkan something yang bentuk burung kat beliau, so sy decide buat fridge magnet la, walaupun untuk beliau tapi boleh lekat kat fridge saya kan.. kan... hakhak....


Hah... ni burung en.somi saya... beliau tak nak kaler-kaler... tapi nak mcam burung murai batu beliau.. macam tak jadi sangat ja pun kan.. huhu... 

Ok la korang, tu ja nak share hari ni...

Terima kasih sudi singgah..
Babai Korang!!! (^__^")y

Selasa, 5 Ogos 2014

Felt Tissue Cover - ribbon version

Assalamua'laikum...

Hai korang!!!...

Selamat hari raya Maaf Zahir dan batin.... ☺

Lama jugak tak update pasal hasil kraft kan... sebelum raya haritu ada siapkan beberapa ketul barang kraft... cuma tak sempat nak update blog ja la. Busy nak raya khaannnn... ☺

Meh nak share gambar banyak-banyak...

yang bulat kat bawah tu fridge magnet ☺








warna dan word depend on customer request, cuma design customer cakap ikut ja camna pun saya nak buat. Ntah tetiba rasa nak buat ala-ala kotak hadiah tu... mcam comel pulak hukhukhuk....
Ada jugak buat sebiji untuk nak letak kat rumah sendiri design macamtu, tapi sampai sekarang dah lepas raya, still tak siap-siap lagi pun... hhuhu... untuk diri sendiri kan... susah benar nak buat... macam malas ja, macam segan ja.. macam nak ilek2 ja.. ♀♀☻

Okey la korang, saya dah open order handmade kraft.. kain felt pun dah restok banyak kaler cun-cun, key chain with jump ring untuk borong pun dah ada stok. Meh order lekas-lekas na.... boleh email tempahan ke mierahandmade@gmail.com atau SMS ke 012-5333879 ( sms ja tau, henpon saya tak da wassup ).

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!!,,, (^___^")y