Khamis, 25 September 2014

Handmade Pillow I AM ( Bantal I AM )

Assalamua'laikum,

Hai korang,..

Design baru dari Miera Craft, Bantal I AM... trending kot brand ni sekarang kan.. ('',)
Semalam gigih siapkan sebijik bantal, request oleh hero kecik... lama sangat dah mintak buatkan, ni baru dapat buat.

in progress.....


Bantal ni saiz 12 inci x 12 inci, guna fabric Flannel, semua deco saya jahit, jadi jangan risau huruf ke gambar ke nak tanggal okeh. Saya dah buka tempahan untuk bantal design ni, tapi jangan paksa saya buat cepat-cepat tau, kena ikut turn, saya cuba siapkan at least dalam 10 hari selepas confirm order dan payment. 

Nak pulun membantal lagi,,,

Terima kasih sudi singgah..
Babai korang (^__^")y

Isnin, 22 September 2014

Handmade Picture Pillow ( Bantal Bergambar )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!..

Weekend ni sibuk sangat siapkan tempahan. Kali ni dapat order bantal bergambar pulak yang banyak. Ni tempahan dari Aisyah di UIAM Selangor.. 



Berjaya siapkan dengan sempurna seketul ja.. huhu... handmade katakan,.. memang ambik masa sikit.. semua huruf saya gunting sendiri, lepastu gambar, huruf-huruf dan hiasan semua saya jahit guna tangan. Bukan tampal ja tau... 
Nak sambung jahit bolster yang dua ketul tu pulak.. Caiyuk!!.. Caiyukkk... 

Terima kasih sudi singgah!...
Babai korang!!!... (^___^")y

Jumaat, 19 September 2014

Key Ring / Key Chain Borong

Assalamua'laikum....

Hai korang!.... (^__^'')

Kebelakangan ni, email saya dipenuhi dengan soalan - soalan berkaitan craft material, kebanyakan tanya di mana nak dapatkan barang untuk buat kraft saya tu... Buat masa sekarang saya cuma supply Key Chain With Jump Ring sahaja secara borong.

Key Ring/ Key Chain tu macamni tau (>,<) 


Korang akan dapat set macamni untuk setiap unit. Sejujurnya saya pernah kira 3 kali ( 3 pek ) untuk setiap pek 1 kilo.. kuantiti mungkin tak sama antara 480pcs>500pcs lebih sebab supplier jual kilo.
Harga di gambar tu harga lama ya... Harga baru ada di last entry... maaf tau... 
 
Ni pek 1 kilo

Harganya : RM 45.00 / 1 Kilo @ RM 10.00 / 100pcs


O.k la korang, buat yang berminat tu dah buleh order tau, lepasni korang dah buleh buat keychain comey - comey (^__^''). If nak order boleh email mierahandmade@gmail.com atau mesej ja terus 012 -5333879 .. 

Ohhopp.. lupa pulak.. nak mintak tolong sikit ya... korang jangan paksa saya pos barang selepas beberapa minit korang buat bayaran tau... saya cuma boleh pos sehari selepas korang buat payment ja, sebabnya saya keja ofis.. barang pulak ada di rumah. Jelas-jelas la saya tak boleh pos jam tu jugak tau...

Nak sambung buat kraft, Babai Korang (*___^")y
 


Isnin, 15 September 2014

Handmade Pillow

Assalamua'laikum..

Hai Korang!,...

Mood nak update blog macam kelaut ja hujan-hujan ni.. huhu.. weekend lepas dapat siapkan 2 biji bantal. Satu bantal bergambar dan satu lagi bantal Felt.
Saya memang hadkan ambik tempahan sebab masa macam tak berapa banyak untuk saya berkraft sekarang ni. Nak membantal pun kena tengok mood jugak. Kalau mood kelaut, tak jadi la jawabnya... Dah tu, saya berkraft malam-malam dan weekend ja, hari-hari biasa saya kerja opis. Balik opis nak kemas rumah pastu main masak - masak lagi.. kekadang malam ja dah letih terus tido.. hurmm,,,, saya bebel pulak ('',)





Semua bantal kali ni saya guna 100% felt ( polyfelt dan aclyric felt ). Bantal ni untuk hiasan ja, sebab kalau guna felt, cepat sikit berbulu. Tapi korang buleh request nak kain Flannel @ Felt... flannel tahan lasak la, boleh cuci-cuci... kalau korang nak tempah, tengok detail kat sebelah ya..

Terima kasih sudi singgah!...
Babai korang!!!.. (^__^)y


Ahad, 7 September 2014

Felt Animal Key Chain

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!..

Lately mood tengah rajin update blog, sambil-sambil share dengan korang hasil kraft saya kan...
Baru-baru ni customer mintak buat key chain comel-comel... tempahan dari regular customer dan repeat order dari beliau ni.

tiga sekawan

Mek Gedikss...

Mr. Garong

Incik Hensem

Semua keychain ni saya tak ada ready stok tau, saya buat bila ada tempahan ja. Korang buleh ja nak request bentuk apa pun, saya cuba buat kan. 
Nak sambung buat bantal pulak... bantal dah banyak buat buat, tapi selalu terlupa nak snap gambar.. jadi tak dapat la nak share sini. huk.. huk... 

Terima kasih sudi singgah.
Babai Korang!!!.... (^__^")y




Sabtu, 6 September 2014

Fridge Magnet Felt - Cupcake & Ice Cream

Assalamua'laikum,

Hai korang...

Lama tak buat fridge magnet, haritu regular customer saya request buat fridge magnet cupcake dan ice cream comel-comel... Macam best ja buat kraft comel-comel ni.. 





Comel kan?... Kan?... buat doorgift pun sesuai ni... 
If berminat, buleh tempah kat saya tau.. boleh request bentuk apa... nak request cupcake perisa apa pun boleh jugak.. hahaha...

Terima kasih sudi singgah...

Babai Korang (^__^")y

Jumaat, 5 September 2014

Clay Key Chain

Asslamua'laikum,..

Hai korang!...

Ada lagi produk baru, sekarang saya dah start buat kraft guna clay pulak. Salah satu yang saya buat sekarang ialah keychain, boleh letak nama korang,... nak buat doorgift untuk majlis-majlis pun boleh. 

Ni antara tapak key chain.. cuma nak tambah nama atau word ja lagi.. tapi boleh add maximum 5 huruf jer la.. Warna-warna ni ja ada buat masa sekarang.. design boleh request

Ni antara tempahan customer saya

Antara key chain dan brooch yang saya buat

Brooch dan key chain Palestine
Kraft clay yang saya guna ni jenis yang tak mudah patah atau pecah. Tekstur dia keras dan liat elok. Nak buat Handphone charm pun boleh sebab ia tak kan calarkan fon.
If korang berminat nak order boleh email saya mierahandmade@gmail.com atau SMS ke 012-5333879 ( mesej saja tau... )

Terima kasih sudi singgah!...
Babai Korang!!!... (^___^")y

Khamis, 4 September 2014

FLOWER FELT HEADBAND -

Assalamua'laikum,

Hai korang, 

Miera Craft ada produk baru, Flower Felt Headband.. material saya guna tali dan felt. Headband ni sesuai untuk di pakai atas shawl untuk pegi jenjalan dan sesuai sangat untuk Flower girl dalam majlis kawen tu kan... Nak pakai pun senang ja, just letak atas kepala, dan ikat di belakang kepala @ leher, boleh adjust korang nak ketat ke longgar ikut keselesaan. Headband nie nampak klasik sebab tali yang saya guna tu.





Macam biasa, warna, design dan bunga boleh request. Nak beli borong pun boleh... ('',) If korang berminat, boleh terus email saya mierahandmade@gmail.com @ SMS ke 012 - 5333879 ( mesej sahaja tau... )

Terima kasih sudi singgah!...
Babai korang!!!.. (^___^)y