Isnin, 16 November 2015

Key Chain Ring - Borong Murah!!... Murah!!!.......

Asslamua'laikum,,..

Hai Korang!!!...

Nak lelong-lelong barang paling laris ni.... 
Key Chain with Jump Ring...
Stok sangat terhad tau sekarang,... supplier pun dah macam susah jer nak dapatkan stok. Apapun saya tetap nak jual murah kat korang. 

Key Chain With Jump Ring

 100pcs - RM 11.00

@

1 kilo - ( +-490 - 500pcs / kilo ) - RM 48.00

( Harga tak termasuk kos pos ya )




If korang berminat, boleh order terus melalui email mierahandmade@gmail.com @ 012-5333879 ( sms sahaja ) @ wassup 011-29138812

Cepat-cepat order tau... sementara stok masih banyak ni....

Terima kasih sudi singgah!!...

Babai Korang!!!... (^__^)y


Rabu, 26 Ogos 2015

Doorgift Murah RM 1 - Cover Tisu Poket

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Alahaiiii, lamanya tak jenguk blog,.. ni bukan bermaksud say dah tak aktif berkraft tau. Tapi sekarang saya banyak update hasil kerja di page ja, MieraCraft ( boleh klik link tu ya.. pastu like tau ) Blog ni jarang sangat dah jenguk, tengok kawan - kawan blogger lain pun macam dah jarang update blog diorang, saya pun terjebak sama mungkin -,- Apapun terima kasih bebanyak sebab masih ramai yanh sudi jenguk hari - hari kat sini ☺

Sekarang saya tengah buat promosi doorgift murah - murah, ramai yang wassup / email saya nak doorgift budget, iya la.. dah nama pun doorgift kan of koss la nak buat bebanyak... saya paham.. saya paham.... ni saya bagi murah - murah kat korang ok...

Cover Pocket Tissue
RM 1.00 / pc ( Minimum order 30pcs )






lookss!!. comel kan??... murah dan amat berguna, guest korang pun sayang nak buang ni. Boleh refill tisu untuk mak cik  - mak cik letak dalam handbag jugak ☺☺☺ 
Promosi sekarang untuk semua produk Miera Craft tau, semua barang ada diskaun. Tapi saya tak ambik urgent order ok, saya buat ikut list order, better tempah awal tiga ke empat minggu sebelum nak guna lah ya, handmade ni memang perlukan masa nak buat, sementelah saya berkraft memalam ja, siang kerja opis ☺
Kalau korang nak order boleh direct email mierahandmade@gmail.com SMS 0125333879 atau Wassup 01139493214 

Terima kasih sudi singgah,
Babai korang!!!.. (^_^")y


Selasa, 7 Julai 2015

Hadiah Hari Guru Cantik

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!...

Hari guru lepas lama dah, sampai nak masuk Hari Raya Aidilfitri dah ni, baru perasan ada gambar tak share dengan korang lagi.. order banyak, tapi kadang lupa nak ambik gambar, siap ja terus packing. Dah Pos baru terasa rugi yakmat la haii tak simpan gambar sekeping dua kan.

Fridge Magnet

Jam Dinding

Fridge Magnet

Car Signage

Car signage tu bukan untuk cikgu naa.. sat gi dok heran pulak awat la anak murid bagi hadiah macamtu kat cikgu ☺ Saya pun tak ingat dah sapa order yang tu.
Kalau korang nak tempah apa-apa boleh email mierahandmade@gmail.com @ wassup saya 0113-9493214
Terima Kasih sudi singgah!!
Babai korang!! (^_^")y




Rabu, 24 Jun 2015

Tempahan Hantaran Perkahwinan Ringkas

Assalamua'laikum,..

Hai korang!!!...

Amboi, lama benar tak update blog ni kan,... saya ada.. saya ada.... masih lagi berkraft cuma lately sangat sibuk, balik ja dari ofis nak urus kan rumah tangga pulak.. ewahhh.. ewahhh.... pastu main masak-masak lagi.. malam pulun siap kan order pulak... memang tak sempat nak jeguk blog. 
Gambar kraft pun dah banyak, nanti saya update satu satu la. Cuti sekolah lepas saya sibuk siapkan 2 set hantaran perkahwinan. Tapi sayang sangat yang warna hijau siap ja terus hantar lupa nak snap gambar, tapi saya ada update in progress nya dalam page fb.. guna bunga tisu hantaran tu. Jadi saya share hantaran satu ni ja la,.. ni pun macam tak puas hati ja ambik gambar, rushing sangat lepas siap terus hantar. Bukan customer tempah lewat, tapi saya yang lengah-lengah kan.. dapat order ja sempat lagik nak berjimba ria... last minute hah!!.. hambek hakuuu...



Macam sama ja gambar hahahha.... tak pa la, ada jugak sikit buat kenangan kann.. if korang nk tempah gubah hantaran ker bunga telur / pahar ke saya terima jugak tau. tapi hantar awal2 sebab saya memang jenis berjimba ria kalau nak cari idea ☺ Harga In Shaa Allah tak mahal pun... tapi hantaran untuk area Perlis saja na.. hantaran tak boleh pos kak Senah oiiii.... nak tempah wassup ja saya 01139493214 nanti kita discuss..

Nanti saya share hasil kraft sepanjang saya menghilang ni ok... Selamat menyambut Ramadhan buat korang. MOga dapat puasa penuh tau..☻ 

Terima Kasih sudi singgah,
Babai Korang!!!... (^_^")y


Selasa, 19 Mei 2015

BOOKMARK & FRIDGE MAGNET HARI GURU

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!....

Selamat Hari Guru... buat semua cikgu-cikgu sedunia. Firstly buat cikgu saya masa sekolah dan IPT dulu. Terima kasih atas jasa cikgu-cikgu semua. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah saya yang selalu ponteng sekolah sebab malas bangun pagi ☺ hahahaa... itu dulu laaa, sekarang dah seasons ni kena rajin dah. 
Sempena hari guru baru ni, dapat tempahan dari ibu-ibu untuk beri pada guru anak-anak diorang. Tapi time ni memang saya limitkan order sikit sebab waktu tu jugak saya tengah sibuk siapkan tempahan untuk wedding doorgift haritu baca sini 

Bookmark

Bookmark siap packing

Fridge magnet


Fridge Magnet
Semua design depend on customer request tau. Kalau korang nak request untuk apa-apa majlis pun boleh ja. Untuk tempahan boleh terus wassup 01139493214 

Terima kasih Sudi singgah
Babai Korang (^__^")y









Isnin, 18 Mei 2015

Handmade Baby Pillow

Assalamua'laikum,

Hai Korang!!....

Hasil weekend lepas, berjaya siapkan order dari puan sepupu,, order dah berkurun dah baru sempat buatkan. hahahaha... ya ampunnnnn.... sibuk sangat sampaikan asyik bertangguh ja.




Apapun, puan sepupu sangat puas hati lepas dapat bantal-bantal ni. Excited guling-guling anak beranak ☺ Berbaloi dengan penantian katanya.
Kalau korang nak order bantal comel macamni, boleh refer detail kat sebelah ya.

Terima kasih sudi singgah.
Babai Korang!!!... (^__^")y 

Khamis, 14 Mei 2015

Felt Handmade Wedding Doorgift

Assalmaua'laikum 

Hai korang!!!...

Dah lama saya tak share hasil kraft rasanya, baru - baru ni saya dapat tempahan wedding doorgift. Dari regular customer saya. 160pcs Key chain dan 160pcs Fridge Magnet. Customer request nak custom design letak gambar kartun dan nama pengantin. Alhamdulillah, selepas 15hari makan tido dengan order ni, berjaya jugak siapkan sebelum dateline.  


ni contoh key chain printed

yang belum packing tu fridge magnet
Kalau korang nak tempah key chain / fridge magnet / bookmark jenis printed ni untuk apa - apa majlis pun boleh jugak. Boleh request if nak letak gambar sendiri pun, minimum order untuk jenis ni ialah 20pcs ya. Tapi make sure tempah awal at least sebulan dua sebelum nak guna. Saya memang tak ambil urgent order sebab tak nak kelam kabut dan nanti hasil tak memuaskan pulak ☺
Kalau korang berminat nak order boleh email mierahandmade@gmail.com @ wassup 01139493214 @ SMS 012-5333879 (sms sahaja)

Terima Kasih Sudi Singgah
Babai Korang!!... (^__^")y

Selasa, 5 Mei 2015

Mood Holiday!!! < cuti-cuti Malaysia >

Assalamua'laikum,

Hai korang.... 
Amboih.... dah berhabuk blog cik puan markonah ni ha... lama sangat tak update, harini saja nak ambik mood update blog semula...Harini tak da share gambar kraft, hasil kraft tu ada, tapi malas nak upload... aggagagagaga.... ☺
Nak cerita sikit la sebab musabab kejadian kenapa dah lama tak menjenguk blog kan... sebenarnya sebulan dua ni saya asyik bercuti ja... kejap-kejap pack baju..kejap-kejap pack baju... hihihi.... 
Alkisah lokasi pertama saya dan incik asben ialah Pulau Langkawi... kami pegi untuk 1st wedding Anniversary a.k.a second honeymoon la kann..... ☺ Pegi tak jauh pun sebab tak nak incik somi letih driving macam 1st honeymoon dulu yang kami pegi Fraser Hill tu... uiiii... letihnyaaaa.... kali ni naik feri ja.. Kebetulan masa kami pegi tu ada pertunjukkan LIMA'15 jadi ramainya orang.... last minit dah baru google cari homestay bagai.. Alhamdulillah, dapat jugak Homestay dengan harga yang amat murah.... 
Penginapan bilik + kereta MyVi untuk 3hari 2malam cuma RM 260.00 gulppppp!!!!.... murah.... time cuti sekolah dengan event LIMA'15 tu lagi kan.. mana nak nak dapt harga macamtu. Layanan dan lokasi memang tip top... nama Najhan Homestay 0175701375 ( Ustaz Mahmud ) lokasi Kampung Nyior Cabang lebih kurang 4 km ja dari Langkawi Airport dan Pantai Chenang. Memang best sangat la stay kat area tu. Siang malam jalan sampai macam nak lumpuh hahhaa....
Then lepas balik dari Langkawi, 1 week after that trip kitaorang ke Hatyai Thailand pulak... Yang ni pun best, pegi naik van Thailand yang besar tu, tour package, pegi balik hari ja sebab dekat sangat. First kami pegi Pasar Hatyai, tempat shopping - shopping, then ke Hatyai 3D Museum dan Hatyai Ice Dome. Di 3D museum tu best sebab selain bergambar ada jugak pertunjukkan Magic Eye dalam 30 minit, memang berbaloi la dengan harga tiket 400 Baht ( RM40.00 ) tu kan. Selain bergambar dapat jugak tengok pertunjukkan Live Magic Eye tu. Masa kat Ice DOme tu, tempat memang best, boleh min luncur salji bagai kat dalam tu, tapi sejuknya makkk aiiiii.... terus nak cari pintu keluar ja... ☻On the way balik singgah Floating Market, tempat ni superb best okeh.... nak shopping murah yang amat sangat, dan yang paling femes kat sini ais cawan seramik tu la,, just 20 Baht ( RM2 ) satu okeh... cawan boleh bawak balik. ☺Shopping tak hingat la kat sini.
Last trip mid April, yang ni out of planning la. Balik kampung Incik Suami kat Kuala Terengganu, 4 hari kat sana sempat la melawat beberapa tempat.Tapi disebabkan balik melawat tok wan sakit, jadi tak berapa nak bercuti sangat la. Sempat pergi shopping kat Pasar Payang sebab dekat ja dengan rumah tok wan.
Dah habis dah cuti-cuti Malaysia - Thailand. Sekarang dah gigih berkraft semula. Banyak order pending, dengan bulk order pun ada, dah banyak yang saya buat, tapi next entry saya share hasil kraft okeh. Tengah ambik mood tulis entry ni.

*PIC BLUR SEBAB TU MALAS NAK SHARE ☺☺☺






Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!! (^_^")y



Isnin, 13 April 2015

Handmade Felt Pillow

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!...

Rindunya nak update blog dan share hasil kraft kerap-kerap macam dulu... tapi lately jenuh nak cari masa nak ngadap lappy untuk update blog... saya cuba la share sikit-sikit ya...



Dah hampir sebulan kot tempahan ni, baru nk publish.. huhuhuh,... ada lagi.. tapi esok pulak ya... 
Pada korang yang nak tempah apa-apa barang kraft boleh refer link sebelah ya untuk detail...

Terima kasih korang!!....


Khamis, 26 Mac 2015

Handmade Love Printed Pillow - Bantal brgambar love -

Assalamua'laikum,

Hai korang,

Godek - godek draft terjumpa gambar ni, dah dekat sebulan tempahan ni rasanya. Lupa pulak nak share dengan korang. Tempahan kali ni pun dari regular customer saya. Bantal ke enam dah rasanya ni. Mudah berurusan dan tak cerewet, terima kasih ya incik Fikrie... ☺ Lepas ni order lagi tau....



Pada korang yng berniat nak tempah apa-apa barang dari Miera Craft, suka saya nak ingatkan bahawa saya memang tak terima order urgent tau, klau boleh order at least sebulan ke sebelum nak guna, sebab lately kerap sangat yang bertanya dan nak urgent seminggu dua lagi nak guna macamtu. Memang saya tak sempat buat la, sebab saya pun crafting weekend ja.. cuma kekadang kalau rajin + tak letih.. campur lagi idea tengah berkeliaran baru saya gigihkan diri crafting malam-malam... Siang Isnin - Jumaat saya ada kerja hakiki saya kat Office.. Balik opis nak kena uruskan rumah, masak-masak, mencuci, layan incik somi  bagai hikhikhikhikk... Jadi memang saya terpaksa limitkan tempahan. Nak buat tergesa - gesa mesti hasilnya tak cantik... kesian pulak nanti tak puas hati kan.. 
Nak hasilkan satu-satu kraft pulak bukan la senang, dari gunting huruf-huruf, design dan jahit semua handcut dan handsew okeh... Campur lagi nak kena perah idea sebelum buat, kalau tak gigih memang hasil kelaut la jawabnya. Maaf tau sebab sekarang banyak order saya terpaksa tolak... bukan tolak rezeki tapi saya tak mampu.. huhuhuhu...

Terima kasih sudi singgah..
Babai korang!!! (^___^")y

Selasa, 24 Mac 2015

Handmade Big dice - Dadu Felt Besar -

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Lamanya saya bercuti, kadang macam tak percaya ja, cepat sangat masa berlalu sekarang ni. Pejam celik dah sambut wedding anniversary dah. Macam baru lagi sibuk-sibuk prepare wedding doorgift, baju nikah bagai. Macam baru ja lepas pegi honeymoon haritu, ni pegi lagi... Doakan kebahagiaan buat kami ya ☺ 
Sebenarnya saya baru ja lepas bercuti, dari 16 - 23 Mac 2015 lepas. Pada yang email, wassup dan sms saya dan saya tak reply atau lambat-lambat reply tu, saya mohon maaf sangat-sangat ya... After travel ni, balik pun still weak lagi, nak kemas-kemas pakaian, rumah bagai.. In Shaa Allah, esok saya start fokus semula pada kraft. Esok jugak saya start reply sms, wassup dan email tu semua. 
Nak selit jugak la tempahan yang sempat saya siapkan sebelum bercuti haritu, dadu saiz besar. Kerap pulak dapat tempahan dadu macamni sekarang. 


Kalau dulu masa mula masuk dalam bidang kraft ni, customer saya majoriti perempuan, tapi saya lihat sejak kebelakangan ni dah dapat banyak tempahan dari kaum lelaki jugak. It means, kraft felt ni bukan untuk satu golongan ja, tapi semua orang pun boleh meminati seni felt ni. Terima kasih pada korang yng sudi menempah dengan saya.Mohon maaf kalau ada kekurangan, maklumlah, buatan tangan semestinya rumit dan berbeza. Nak create satu-satu tempahan pun becinta bukan mahennnn... ☻

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!! (^__^")y

Jumaat, 13 Mac 2015

Starter Pack Felt Murah

Assalamua'laikum,

hai korang!!!... 

Harini nak tunjuk barang baru, nama beliau Starter Pack. Saya pack dua jenis, Pack 1 just untuk yang nak mula kraft dengan tampal-tampal, Pack 2 untuk jahit. Sesuai untuk kanak - kanak jugak tau.

Pack 1 - RM 10.00
5pcs Felt saiz A5
1pc Pencil Case
3pcs wooden stick
5pcs Button
2pcs Google Eye
Template

Pack 2 - RM 15.007pcs Felt size A5
Fiber
3pcs key chain with jump ring
3roll benang
5pcs Button
2pc google Eye
3pcs tali
2pcs Jarum
Template
Pada korang yang nak mula berkraft atau nak belikan untuk anak ke, elok sangat pack ni. Boleh asah bakat kanak-kanak dengan felt kan. Macam-macam boleh dihasilkan dengan pack tu. Detail tempahan baca kat sebelah ya, nak cepat reply boleh wassup ja, 011-39493214

Terima kasih sudi singgah,
Babai Korang!!!!... (>,>")y

Isnin, 9 Mac 2015

PRINTED PILLOW ( BANTAL BERGAMBAR )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!....

okeh.,,,,  dah lama tak share hasil kerja saya rupanaya.. banayak benar gambar dalam draft tu. Dah standby nak share sikit - sikit la. Kenapa eh, asal nak ngadap lappy ja ngantuk, dah tu satu entry pun tak boleh buat. Hampeh siott... Moga lepasni saya diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan nawaitu saya la. Azam awal tahun dah hampir ke laut.







Tempahan bantal bergambar antara produk terlaris saya sekarang ni. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi tak putus walaupun tak banyak. Sempat dengan tidak ja nak buat kan. 
Kalau korang nak tempah bantal comel macam ni pun boleh, baca detail untuk tempahan di link sebelah ya. 

Terima kasih sudi singgah!!..
Babai Korang!! (^_^")y

Isnin, 23 Februari 2015

Doorgift Felt : Bekas Tisu 30 Sen

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!!....

Saya dah mula siapkan tempahan untuk majlis bulan Mac. Customer request sarung untuk isi tisu 30sen tu, beliau tertarik lepas tengok bekas tisu tu sebagai doorgift majlis kahwin saya yang lepas. Lain dari yang lain la kan, elok sangat bagi tisu time majlis kawen ni, tisu boleh guna, bekas comel pulak boleh disimpan letak dalam handbag. Cantik!!.. Cantik!!...






Dah selamat pos... Alhamdulillah ☺
Simple, tapi sangat cantik dan berguna kan.... customer request mix warna sebab tak nak jemu tengok... ☺ Selalunya tempahan sarung tisu ni tak termasuk tisu tau, tapi kali ni customer ni request caj sekali dengan letak tisu siap-siap sebab tak nak kelam kabut nak letak tisu nanti. Maklum la, pengantin 2 hari nak majlis baru nak balik kampung. Memang banyak benda nak kena urus la kan. 
Kalau korang nak tempah apa-apa doorgift untuk apa-apa majlis, boleh email mierahandmade@gmail.com atau Wassup 011-39493214 atau SMS 012-5333879
In Shaa Allah, harga murah dan berbaloi saya bagi ☺

Terima kasih sudi singgah!!!.
Babai Korang!!!! (^___^")y

Selasa, 17 Februari 2015

DADU FELT ( FEL DICE HANDMADE )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!

Godek-godek draft terjumpa gambar dadu besar ni, dah sebulan lebih siap tapi terlupa nak share dengan korang. 



Dadu ni customer request saiz besar 12'' x 12'' memang boleh buat peluk la. Fiber pun saya letak padat - padat, kalau cikgu - cikgu nak jadikan alat bantuan mengajar pun boleh ni. Sesuai sangat, tak da la buah dadu asyik hilang ja kan... agagagaga....
If korang nak tempah apa-apa, boleh refer detail kat sebelah ya. Harga berbaloi baloi ja saya bagi ☺

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!!... (^___^")y

Rabu, 11 Februari 2015

Flannel Handmade Pillow ( Bantal Handmade Flannel )

Assalamua'laikum,

Hia korang!!!....

Alhamdulillah, semua tempahan setakat ni saya dah berjaya siapkan sebelum dateline, tinggal sikit ja lagi dalam list ni. Bersemangat sungguh di awal tahun, moga dimurahkan lagi rezeki saya bagi menunaikan hajat yang satu tu ☺
Rasa teringin sangat nak buat doorgift la, tahun lepas time-time macamni saya tengah gigih siapkan doorgift untuk majlis saya ☻ Kejap ja rasa, pejam celik dah nak masuk setahun. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ni berkekalan. Nak fikir something untuk anniversary nanti ☺




First time saya dapat tempahan bantal letak applique Spongebob tu, jenuh jugak fikir macamna nak buat rupa bantal Spongebob. Semua detail dibantal tu saya jahit tau, bukan tampal dengan gam ja, so memang boleh lasak - lasak sikit la, tak risau nak tanggal ke apa. Naseb menjadi jugak spongebob saya, customer pun suka. If korang nak tempah bantal comel - comel macamni, refer detail sebelah ya.

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!! (^___^")y