Khamis, 26 Mac 2015

Handmade Love Printed Pillow - Bantal brgambar love -

Assalamua'laikum,

Hai korang,

Godek - godek draft terjumpa gambar ni, dah dekat sebulan tempahan ni rasanya. Lupa pulak nak share dengan korang. Tempahan kali ni pun dari regular customer saya. Bantal ke enam dah rasanya ni. Mudah berurusan dan tak cerewet, terima kasih ya incik Fikrie... ☺ Lepas ni order lagi tau....



Pada korang yng berniat nak tempah apa-apa barang dari Miera Craft, suka saya nak ingatkan bahawa saya memang tak terima order urgent tau, klau boleh order at least sebulan ke sebelum nak guna, sebab lately kerap sangat yang bertanya dan nak urgent seminggu dua lagi nak guna macamtu. Memang saya tak sempat buat la, sebab saya pun crafting weekend ja.. cuma kekadang kalau rajin + tak letih.. campur lagi idea tengah berkeliaran baru saya gigihkan diri crafting malam-malam... Siang Isnin - Jumaat saya ada kerja hakiki saya kat Office.. Balik opis nak kena uruskan rumah, masak-masak, mencuci, layan incik somi  bagai hikhikhikhikk... Jadi memang saya terpaksa limitkan tempahan. Nak buat tergesa - gesa mesti hasilnya tak cantik... kesian pulak nanti tak puas hati kan.. 
Nak hasilkan satu-satu kraft pulak bukan la senang, dari gunting huruf-huruf, design dan jahit semua handcut dan handsew okeh... Campur lagi nak kena perah idea sebelum buat, kalau tak gigih memang hasil kelaut la jawabnya. Maaf tau sebab sekarang banyak order saya terpaksa tolak... bukan tolak rezeki tapi saya tak mampu.. huhuhuhu...

Terima kasih sudi singgah..
Babai korang!!! (^___^")y

Selasa, 24 Mac 2015

Handmade Big dice - Dadu Felt Besar -

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Lamanya saya bercuti, kadang macam tak percaya ja, cepat sangat masa berlalu sekarang ni. Pejam celik dah sambut wedding anniversary dah. Macam baru lagi sibuk-sibuk prepare wedding doorgift, baju nikah bagai. Macam baru ja lepas pegi honeymoon haritu, ni pegi lagi... Doakan kebahagiaan buat kami ya ☺ 
Sebenarnya saya baru ja lepas bercuti, dari 16 - 23 Mac 2015 lepas. Pada yang email, wassup dan sms saya dan saya tak reply atau lambat-lambat reply tu, saya mohon maaf sangat-sangat ya... After travel ni, balik pun still weak lagi, nak kemas-kemas pakaian, rumah bagai.. In Shaa Allah, esok saya start fokus semula pada kraft. Esok jugak saya start reply sms, wassup dan email tu semua. 
Nak selit jugak la tempahan yang sempat saya siapkan sebelum bercuti haritu, dadu saiz besar. Kerap pulak dapat tempahan dadu macamni sekarang. 


Kalau dulu masa mula masuk dalam bidang kraft ni, customer saya majoriti perempuan, tapi saya lihat sejak kebelakangan ni dah dapat banyak tempahan dari kaum lelaki jugak. It means, kraft felt ni bukan untuk satu golongan ja, tapi semua orang pun boleh meminati seni felt ni. Terima kasih pada korang yng sudi menempah dengan saya.Mohon maaf kalau ada kekurangan, maklumlah, buatan tangan semestinya rumit dan berbeza. Nak create satu-satu tempahan pun becinta bukan mahennnn... ☻

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!! (^__^")y

Jumaat, 13 Mac 2015

Starter Pack Felt Murah

Assalamua'laikum,

hai korang!!!... 

Harini nak tunjuk barang baru, nama beliau Starter Pack. Saya pack dua jenis, Pack 1 just untuk yang nak mula kraft dengan tampal-tampal, Pack 2 untuk jahit. Sesuai untuk kanak - kanak jugak tau.

Pack 1 - RM 10.00
5pcs Felt saiz A5
1pc Pencil Case
3pcs wooden stick
5pcs Button
2pcs Google Eye
Template

Pack 2 - RM 15.007pcs Felt size A5
Fiber
3pcs key chain with jump ring
3roll benang
5pcs Button
2pc google Eye
3pcs tali
2pcs Jarum
Template
Pada korang yang nak mula berkraft atau nak belikan untuk anak ke, elok sangat pack ni. Boleh asah bakat kanak-kanak dengan felt kan. Macam-macam boleh dihasilkan dengan pack tu. Detail tempahan baca kat sebelah ya, nak cepat reply boleh wassup ja, 011-39493214

Terima kasih sudi singgah,
Babai Korang!!!!... (>,>")y

Isnin, 9 Mac 2015

PRINTED PILLOW ( BANTAL BERGAMBAR )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!....

okeh.,,,,  dah lama tak share hasil kerja saya rupanaya.. banayak benar gambar dalam draft tu. Dah standby nak share sikit - sikit la. Kenapa eh, asal nak ngadap lappy ja ngantuk, dah tu satu entry pun tak boleh buat. Hampeh siott... Moga lepasni saya diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan nawaitu saya la. Azam awal tahun dah hampir ke laut.







Tempahan bantal bergambar antara produk terlaris saya sekarang ni. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi tak putus walaupun tak banyak. Sempat dengan tidak ja nak buat kan. 
Kalau korang nak tempah bantal comel macam ni pun boleh, baca detail untuk tempahan di link sebelah ya. 

Terima kasih sudi singgah!!..
Babai Korang!! (^_^")y