Isnin, 23 Februari 2015

Doorgift Felt : Bekas Tisu 30 Sen

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!!....

Saya dah mula siapkan tempahan untuk majlis bulan Mac. Customer request sarung untuk isi tisu 30sen tu, beliau tertarik lepas tengok bekas tisu tu sebagai doorgift majlis kahwin saya yang lepas. Lain dari yang lain la kan, elok sangat bagi tisu time majlis kawen ni, tisu boleh guna, bekas comel pulak boleh disimpan letak dalam handbag. Cantik!!.. Cantik!!...






Dah selamat pos... Alhamdulillah ☺
Simple, tapi sangat cantik dan berguna kan.... customer request mix warna sebab tak nak jemu tengok... ☺ Selalunya tempahan sarung tisu ni tak termasuk tisu tau, tapi kali ni customer ni request caj sekali dengan letak tisu siap-siap sebab tak nak kelam kabut nak letak tisu nanti. Maklum la, pengantin 2 hari nak majlis baru nak balik kampung. Memang banyak benda nak kena urus la kan. 
Kalau korang nak tempah apa-apa doorgift untuk apa-apa majlis, boleh email mierahandmade@gmail.com atau Wassup 011-39493214 atau SMS 012-5333879
In Shaa Allah, harga murah dan berbaloi saya bagi ☺

Terima kasih sudi singgah!!!.
Babai Korang!!!! (^___^")y

Selasa, 17 Februari 2015

DADU FELT ( FEL DICE HANDMADE )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!

Godek-godek draft terjumpa gambar dadu besar ni, dah sebulan lebih siap tapi terlupa nak share dengan korang. 



Dadu ni customer request saiz besar 12'' x 12'' memang boleh buat peluk la. Fiber pun saya letak padat - padat, kalau cikgu - cikgu nak jadikan alat bantuan mengajar pun boleh ni. Sesuai sangat, tak da la buah dadu asyik hilang ja kan... agagagaga....
If korang nak tempah apa-apa, boleh refer detail kat sebelah ya. Harga berbaloi baloi ja saya bagi ☺

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!!... (^___^")y

Rabu, 11 Februari 2015

Flannel Handmade Pillow ( Bantal Handmade Flannel )

Assalamua'laikum,

Hia korang!!!....

Alhamdulillah, semua tempahan setakat ni saya dah berjaya siapkan sebelum dateline, tinggal sikit ja lagi dalam list ni. Bersemangat sungguh di awal tahun, moga dimurahkan lagi rezeki saya bagi menunaikan hajat yang satu tu ☺
Rasa teringin sangat nak buat doorgift la, tahun lepas time-time macamni saya tengah gigih siapkan doorgift untuk majlis saya ☻ Kejap ja rasa, pejam celik dah nak masuk setahun. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ni berkekalan. Nak fikir something untuk anniversary nanti ☺




First time saya dapat tempahan bantal letak applique Spongebob tu, jenuh jugak fikir macamna nak buat rupa bantal Spongebob. Semua detail dibantal tu saya jahit tau, bukan tampal dengan gam ja, so memang boleh lasak - lasak sikit la, tak risau nak tanggal ke apa. Naseb menjadi jugak spongebob saya, customer pun suka. If korang nak tempah bantal comel - comel macamni, refer detail sebelah ya.

Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!! (^___^")y

Ahad, 8 Februari 2015

Flower Crown Murah dan Cantik

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!!...

Hati feeling munge-munge ja time ni, lately kerap sangat bergelumang dengan bunga. ☺ Harini nak share hasil tempahan flower crown dari customer saya. Gigih betul saya nak siapkan ni, weekend 2 hari makan tido dengan bunga - bunga ja.






Semua ni tempahan dari lain - lain customer ni, tapi kebetulan diorang guna tema warna yang lebih kurang sama ja, jadi senang saya buat sekali harung ja, flower rown ni bukan saya buat dari headband keras yang sedia ada jual dikedai tu tau, tapi saya buat dari dawai soft yang memang khas untuk kraft @ flower crown ni. Bentuk nya seakan headband sebab saya bentukkan dawai tu dengan menggunakan headband sebagai mould nya ☺ Time pakai nanti boleh ja adjust ikut saiz kepala pemakai, so tak ada masalah kepala saiz apa pun boleh pakai.
Tempahan Flower Crown saya masih buka lagi, tapi tempahan mesti at least 2 minggu sebelum nak guna ya sebab saya buat ni pun weekend ja, hari lain saya ada kerja hakiki yang lain. ☺ korang boleh request warna dan design. Harga berpatutan In shaa Allah ☺Wassup saya terus untuk cepat reply ya 01139493214

Terima kasih sudi singgah!!...
Babai korang (^___^")y


Rabu, 4 Februari 2015

Senarai Produk Felt Comel Miera Craft

Asslamua'laikum,

Hai korang!!....

Kamon laa...Kamon laa.. dah kenapa malas sangat saya nak update blog ni.. TSsKkk... gambar berduyun dah dalam folder tu, dah tertonggek - tonggek dah nak jumpa korang.. hurmm... kegagalan disaat awal ni. Saya rasa nak kena reset balik matlamat awal tahun lepas ni... Ini baru kat blog, kalau dah buka kedai mesti kejap buka kejap tutup kedai tu kan...bhahaha...
Saya kerap terima email tanya apa produk yang saya hasilkan, kalau sorang dua boleh la saya listkan satu - satu.. tu pun kalau saya rajin la, tapi lately dah kerap sangat sehari ber orang - orang ( betul ke ayat tu??..) yang bertanya. Bila saya suruh refer di blog ada yang cakap tak boleh tengok gambar la, loading lambat la... sedangkan dorang nak cepat... secepat halilintar mungkin... hurmmm...
Dah saya terajin pulak harini, saya listkan kat sini lah ya... 

MIERA CRAFT
1 )PILLOW / BANTAL BERGAMBAR @ BERHIAS - SAIZ, WARNA, DECO BOLEH REQUEST
2 ) FELT BROOCH.
3 ) FELT TISSUE BOX COVER
4 ) FELT POCKET TISSUE COVER
5 ) FELT KEYCHAIN
6 ) FELT DOORGIFT
7 ) FELT DOOR SIGNAGE
8 ) FELT CAR SIGNAGE
9 ) FELT HANDBOUQUET
10 ) FELT FRIDGE MAGNET
11 ) FELT / FLANNEL PLUSHIE
12 ) FLOWER CROWN
DAN PELBAGAI LAGI YANG KORANG BOLEH REQUEST UNTUK SAYA BUAT..

Okey... dah dapat kan... nak share la jugak sikit gambar hasil baru ni kat korang... macam tak best pulak entry tanpa gambar kan... ☺
1st time buat bantal bentuk ni sebab customer request, saiz besar ni 15'' x 12 '' untuk anak nya tidur dalam kereta, kepala tak da la pusing - pusing kan.. ☺



Pada korang yang nak tempah, boleh tengok detail di tab sebelah ya.. 

Terima kasih sudi singgah!!!..
Babai korang!! (^____^")y

Ahad, 1 Februari 2015

Handmade Printed Pillow ( Bantal bergambar )

Assalamua'laikum,...

Hai korang!!!...

HAsil weekend lepas, dapat siapkan beberapa biji bantal, list order masih panjang ni.. harap dapat siapkan semua sebelum dateline la. 
Idea ni pun la ni keja ada kejap tak dak ja... haiyoooo... time list berjela ni la jugak beliau nak buat perangai kan... Asyik nak berjimba ja pikiran neh...

Pandangan belakang

Pandangan Hadapan


Dah berjaya siapkan sabiji bantal tempahan dari Mira, regular customer saya. Terima kasih sebab selalu repeat order, dan puas hati dengan hasil tangan saya. Customer request design depan dan belakang untuk bantal ni, done as per request... ngeeee.. ☺ Esok saya share lagi bantal bergambar, harap - harap ada masa nak tulis entry la. ☻

Terima kasih sudi singgah!!..
Babai Korang (^____^")y