Jumaat, 30 Januari 2015

Handmade Birthday Doorgift ( Key Chain Felt doorgift )

Assalamua'laikum...

Hai Korang!!...

Hari ni 30 Januari 2015 hari ulangtahun ke 10 hero kecik saya. Moga panjang umur, sihat selalu dan jadi anak yang baik untuk semua ☺ Kejap ja dah besar sangat hero kecik saya. 
Sempena hari lahir, hero kecik request nak bagi something pada kawan-kawan sekolah dan cikgu dia. Saya buatkan printed key chain untuk budak-budak, untuk cikgu-cikgu buatkan Fridge magnet. 



Design yang sama untuk key chain dan fridge magnet, cuma beza kat key chain dengan magnet tu ja.. Tema transformer tu as per birthdayboy request la.
Balik ja dari sekolah terus hero kecik wassup bagitau kena buat banyak sikit.. habis berebut budak-budak kelas lain pun katanya, cikgu pun ada minta lagi... huhuhu.. nanti hari guru lah buat pulak ya...
If korang nak order printed keychain atau apa item printed pun boleh, boleh request ikut tema majlis, nak buat doorgift kawin ke, doorgift birthday ke.. design untuk print pun boleh request...  Detail untuk nak order tengok sebelah ya... 

Terima kasih sudi singgah
Babai korang!!!... (^___^")y

Khamis, 29 Januari 2015

Flower Crown Murah & Cantik

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Dah nak masuk musim - musim wedding semula kan sekarang.. kejap ja rasa dah nak masuk bulan Mac semula... teringat pulak last year, time - time macamni saya pun tengah gigih prepare wedding card, baju majlis nikah, diy doorgift.. macam - macam la.. nak kawen kannn ☺Pejam celik dah nak sambut 1st Anniversarry dah.. hikhihk.. Alhamdulillah...
Customer saya yang Bride To Be pun dah ramai mula tempah barang, salah satu item trending musim kawen sekarang ialah Flower Crown... nak nampak comel kannn... ya haruslah pakai flower crown... ☺




Antara tempahan flower crown untuk customer saya baru - baru ni.. Warna dan design seperti yang customer minta.... korang boleh bagi contoh flower crown kat saya, saya cuba buatkan,.. tapi tak bolehla sebijik sebijan macam contoh sebab bunga yang jual kat kedai satu - satu tempat pun tak sama design kan. Jenuh la saya nak cari..TTSskkkk... Untuk flower crown yang nak guna Februari dan Mac saya dah open. slot ada sikit lagi kosong.. saya tak suka ambik order banyak - banyak customer sekaligus sebab saya buat ni pun part time ja... mood berkraft pun kadang ada On Off jugak huhuhu... Jadi saya tak ambik urgent order tau... 
Nak order apa - apa, refer detail kat sebelah tu tau..

Terima kasih sudi singgah!!..
Babai Korang!!!! (^__^)y













Ahad, 18 Januari 2015

Handmade Printed Pillow ( bantal bergambar )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Azam tahun baru, nak rajin update blog konon.. bhahahahaha... hampeh... awal - awal lagi dah kelaut, malas sungguh nak update, tapi bila ingatkan ni jugak salah satu pintu rezeki, kena tabah jugakla.. tsskkk.... ☻
Alhamdulillah, list tempahan bulan Januari dah full.. list untuk bulan Februari pun dah separuh dah... tak da masa dah nak berjimba - jimba sakan lagi.. terima kasih pada korang yang sudi menempah dengan saya,.. sudi menyokong hasil tangan saya yang tak seberapa ni.... Moga murah rezeki buat korang jugak.. Ameennn....



Oppss... sebelum terlupa, kat sebelah tu saya dah noted term and condition bila korang berurusan dengan saya, tapi saya remind semula la,.. If korang menempah dengan Miera Craft, maka secara automatiknya korang jugak dah bersetuju dengan term and condition yang tercatat. Salah satunya, semua hasil kraft yang ditempah oleh korang adalah sepenuhnya hak milik Miera Craft, dan saya berhak untuk menggunakan gambar hasil kraft saya untuk tujuan promosi tanpa perlu mendapat / meminta kebenaran dari korang terlebih dahulu. 
Harap korang faham la, dari gambar - gambar hasil tempahan korang tu la peluang untuk saya mendapat tempahan seterusnya kan..... Apapun saya mohon maaf  andai ada kekurangan sepanjang berurusan dengan saya dan pada hasil kraft saya.

Terima kasih sudi singgah!!...

Babai korang!! (^__^")y

Rabu, 7 Januari 2015

Printed Felt Dice ( Dadu Felt Bergambar )

Assalamua'laikum,

Hai Korang!!!...

Haritu saya ada inform kan, to all customer yang order barang RM 40.00 ke atas akan dapat percuma mini calendar bermagnet, sekarang saya nak maklumkan  bahawa mini calendar limited Edition tu dah habis. so, pada yang order lepas ni memang tak ada la dapat kalendar tu lagi. Saya buat sikit ja, tapi Alhamdulillah, rezeki tak putus semenjak dua menjak ni. Tunggu hujung tahun nanti la saya buat pulak ya.. Harapnya, tahun ni tahun limpahan rezeki buat bisnes kecik saya.. dan jugak dapat rezeki lain lagi... TTsskkk... doakan saya dapat baby tahun ni -,-

mini kalendar ni laa... dah habis tau...
Okey, back to the topic... Hasil kraft yang latest saya nak share dengan korang, dadu felt bergambar. dadu ni besar tau, saiz 17cm x 17 cm, customer request warna n word. Ada hiasan disetiap side.




 Harap customer saya puas hati la...
If korang nak order boleh hantar detail pada saya email mierahandmade@gmail.com sms 012-5333879 wassup 011-39493214

Terima kasih sudi singgah!!!,,,
Babai korang!!!... (^___^")y

Ahad, 4 Januari 2015

PICTURE PRINTED PILLOW ( BANTAL BERGAMBAR )

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!...

Selamat Tahun Baru!!!!.... Azam tahun baru saya tak mau malas2 lagi update blog ni, hahaha buleh camtu?... apa azam korang?... Azam saya tahun lepas alhamdulillah, hampir 90% tercapai, yang failed nya..saya gagal kemaskini akaun urusniaga saya dengan sempurna.. hurmmm... jadi nak buat closing memang tak dapat la. Harap tahun ni berjaya la dengan azam yang satu tu. Azam yang lain, saya harap dimurahkan rezeki dunia dan akhirat... Ameennn....
Bulan lepas saya jarang update blog, tapi aktiviti kraft saya tetap berjalan macam biasa, awal tahun ni pun tengok list dah berderet ni... AMeenn.. ☺ saya share sikit-sikit ya... 

front view

Back view


tempahan bantal bergambar dari customer saya yang comel-comel belaka ☺ Semua pun dah selamat sampai kat tuan empunya..
Kalau korang nak tempah bantal macamni pun boleh, boleh request warna bantal, word dan lain-lain, saya cuba buat ikut citarasa korang. Untuk tempahan korang boleh email ke mierahandmade@gmail.com  atau SMS ( jangan call ya.. ) 012-5333879 atau Wassup 011-39493214
Saya tak terima urgent order ya, sebolehnya korang kena order at least 3 minggu sebelum nak guna. Kalau buat rushing2 nanti tak cantik, semua handcut dan handsew tu, so faham-faham lah ya.. ☺

Terima kasih sudi singgah!!...
Babai Korang!!! (^___^")y