Selasa, 19 Mei 2015

BOOKMARK & FRIDGE MAGNET HARI GURU

Assalamua'laikum,

Hai korang!!!....

Selamat Hari Guru... buat semua cikgu-cikgu sedunia. Firstly buat cikgu saya masa sekolah dan IPT dulu. Terima kasih atas jasa cikgu-cikgu semua. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah saya yang selalu ponteng sekolah sebab malas bangun pagi ☺ hahahaa... itu dulu laaa, sekarang dah seasons ni kena rajin dah. 
Sempena hari guru baru ni, dapat tempahan dari ibu-ibu untuk beri pada guru anak-anak diorang. Tapi time ni memang saya limitkan order sikit sebab waktu tu jugak saya tengah sibuk siapkan tempahan untuk wedding doorgift haritu baca sini 

Bookmark

Bookmark siap packing

Fridge magnet


Fridge Magnet
Semua design depend on customer request tau. Kalau korang nak request untuk apa-apa majlis pun boleh ja. Untuk tempahan boleh terus wassup 01139493214 

Terima kasih Sudi singgah
Babai Korang (^__^")y









Isnin, 18 Mei 2015

Handmade Baby Pillow

Assalamua'laikum,

Hai Korang!!....

Hasil weekend lepas, berjaya siapkan order dari puan sepupu,, order dah berkurun dah baru sempat buatkan. hahahaha... ya ampunnnnn.... sibuk sangat sampaikan asyik bertangguh ja.




Apapun, puan sepupu sangat puas hati lepas dapat bantal-bantal ni. Excited guling-guling anak beranak ☺ Berbaloi dengan penantian katanya.
Kalau korang nak order bantal comel macamni, boleh refer detail kat sebelah ya.

Terima kasih sudi singgah.
Babai Korang!!!... (^__^")y 

Khamis, 14 Mei 2015

Felt Handmade Wedding Doorgift

Assalmaua'laikum 

Hai korang!!!...

Dah lama saya tak share hasil kraft rasanya, baru - baru ni saya dapat tempahan wedding doorgift. Dari regular customer saya. 160pcs Key chain dan 160pcs Fridge Magnet. Customer request nak custom design letak gambar kartun dan nama pengantin. Alhamdulillah, selepas 15hari makan tido dengan order ni, berjaya jugak siapkan sebelum dateline.  


ni contoh key chain printed

yang belum packing tu fridge magnet
Kalau korang nak tempah key chain / fridge magnet / bookmark jenis printed ni untuk apa - apa majlis pun boleh jugak. Boleh request if nak letak gambar sendiri pun, minimum order untuk jenis ni ialah 20pcs ya. Tapi make sure tempah awal at least sebulan dua sebelum nak guna. Saya memang tak ambil urgent order sebab tak nak kelam kabut dan nanti hasil tak memuaskan pulak ☺
Kalau korang berminat nak order boleh email mierahandmade@gmail.com @ wassup 01139493214 @ SMS 012-5333879 (sms sahaja)

Terima Kasih Sudi Singgah
Babai Korang!!... (^__^")y

Selasa, 5 Mei 2015

Mood Holiday!!! < cuti-cuti Malaysia >

Assalamua'laikum,

Hai korang.... 
Amboih.... dah berhabuk blog cik puan markonah ni ha... lama sangat tak update, harini saja nak ambik mood update blog semula...Harini tak da share gambar kraft, hasil kraft tu ada, tapi malas nak upload... aggagagagaga.... ☺
Nak cerita sikit la sebab musabab kejadian kenapa dah lama tak menjenguk blog kan... sebenarnya sebulan dua ni saya asyik bercuti ja... kejap-kejap pack baju..kejap-kejap pack baju... hihihi.... 
Alkisah lokasi pertama saya dan incik asben ialah Pulau Langkawi... kami pegi untuk 1st wedding Anniversary a.k.a second honeymoon la kann..... ☺ Pegi tak jauh pun sebab tak nak incik somi letih driving macam 1st honeymoon dulu yang kami pegi Fraser Hill tu... uiiii... letihnyaaaa.... kali ni naik feri ja.. Kebetulan masa kami pegi tu ada pertunjukkan LIMA'15 jadi ramainya orang.... last minit dah baru google cari homestay bagai.. Alhamdulillah, dapat jugak Homestay dengan harga yang amat murah.... 
Penginapan bilik + kereta MyVi untuk 3hari 2malam cuma RM 260.00 gulppppp!!!!.... murah.... time cuti sekolah dengan event LIMA'15 tu lagi kan.. mana nak nak dapt harga macamtu. Layanan dan lokasi memang tip top... nama Najhan Homestay 0175701375 ( Ustaz Mahmud ) lokasi Kampung Nyior Cabang lebih kurang 4 km ja dari Langkawi Airport dan Pantai Chenang. Memang best sangat la stay kat area tu. Siang malam jalan sampai macam nak lumpuh hahhaa....
Then lepas balik dari Langkawi, 1 week after that trip kitaorang ke Hatyai Thailand pulak... Yang ni pun best, pegi naik van Thailand yang besar tu, tour package, pegi balik hari ja sebab dekat sangat. First kami pegi Pasar Hatyai, tempat shopping - shopping, then ke Hatyai 3D Museum dan Hatyai Ice Dome. Di 3D museum tu best sebab selain bergambar ada jugak pertunjukkan Magic Eye dalam 30 minit, memang berbaloi la dengan harga tiket 400 Baht ( RM40.00 ) tu kan. Selain bergambar dapat jugak tengok pertunjukkan Live Magic Eye tu. Masa kat Ice DOme tu, tempat memang best, boleh min luncur salji bagai kat dalam tu, tapi sejuknya makkk aiiiii.... terus nak cari pintu keluar ja... ☻On the way balik singgah Floating Market, tempat ni superb best okeh.... nak shopping murah yang amat sangat, dan yang paling femes kat sini ais cawan seramik tu la,, just 20 Baht ( RM2 ) satu okeh... cawan boleh bawak balik. ☺Shopping tak hingat la kat sini.
Last trip mid April, yang ni out of planning la. Balik kampung Incik Suami kat Kuala Terengganu, 4 hari kat sana sempat la melawat beberapa tempat.Tapi disebabkan balik melawat tok wan sakit, jadi tak berapa nak bercuti sangat la. Sempat pergi shopping kat Pasar Payang sebab dekat ja dengan rumah tok wan.
Dah habis dah cuti-cuti Malaysia - Thailand. Sekarang dah gigih berkraft semula. Banyak order pending, dengan bulk order pun ada, dah banyak yang saya buat, tapi next entry saya share hasil kraft okeh. Tengah ambik mood tulis entry ni.

*PIC BLUR SEBAB TU MALAS NAK SHARE ☺☺☺






Terima kasih sudi singgah.
Babai korang!!! (^_^")y