Memaparkan catatan dengan label Doorgift. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doorgift. Papar semua catatan

Selasa, 9 Februari 2016

Wedding Doorgift - Car Charm -


Assalamua'laikum,,,

Hai korang....

Amboiiiii.... lama benau saya tak update blog eh... dah jadi rumah labah-labah dah... saya masih aktif berkraft cuma baru - baru ni blog saya problem, tak boleh nak attach pic.. harap sekarang dah ok la, boleh update laju laju weh...

Untuk kemunculan semula ni.. cewahhh.... saya belanja satu hasil terkini saya dulu ya. Car charm untuk wedding doorgift. boleh request bnetuk dan design lain jugak. boleh jugak request letak nama pengantin. selain dari car charm, design ni korang boleh request untuk jadikan bunga telur jugak.



Car Charm

Kalau korang berminat, boleh wassup saya terus ya.. 01129138812. tapi saya tak terima urgent order tau. order lately sebulan sebelum majlis. sebab handmade kann...

Terima kasih sudi singgah
Babai korang (^_^)y





Khamis, 14 Mei 2015

Felt Handmade Wedding Doorgift

Assalmaua'laikum 

Hai korang!!!...

Dah lama saya tak share hasil kraft rasanya, baru - baru ni saya dapat tempahan wedding doorgift. Dari regular customer saya. 160pcs Key chain dan 160pcs Fridge Magnet. Customer request nak custom design letak gambar kartun dan nama pengantin. Alhamdulillah, selepas 15hari makan tido dengan order ni, berjaya jugak siapkan sebelum dateline.  


ni contoh key chain printed

yang belum packing tu fridge magnet
Kalau korang nak tempah key chain / fridge magnet / bookmark jenis printed ni untuk apa - apa majlis pun boleh jugak. Boleh request if nak letak gambar sendiri pun, minimum order untuk jenis ni ialah 20pcs ya. Tapi make sure tempah awal at least sebulan dua sebelum nak guna. Saya memang tak ambil urgent order sebab tak nak kelam kabut dan nanti hasil tak memuaskan pulak ☺
Kalau korang berminat nak order boleh email mierahandmade@gmail.com @ wassup 01139493214 @ SMS 012-5333879 (sms sahaja)

Terima Kasih Sudi Singgah
Babai Korang!!... (^__^")y

Jumaat, 30 Januari 2015

Handmade Birthday Doorgift ( Key Chain Felt doorgift )

Assalamua'laikum...

Hai Korang!!...

Hari ni 30 Januari 2015 hari ulangtahun ke 10 hero kecik saya. Moga panjang umur, sihat selalu dan jadi anak yang baik untuk semua ☺ Kejap ja dah besar sangat hero kecik saya. 
Sempena hari lahir, hero kecik request nak bagi something pada kawan-kawan sekolah dan cikgu dia. Saya buatkan printed key chain untuk budak-budak, untuk cikgu-cikgu buatkan Fridge magnet. 



Design yang sama untuk key chain dan fridge magnet, cuma beza kat key chain dengan magnet tu ja.. Tema transformer tu as per birthdayboy request la.
Balik ja dari sekolah terus hero kecik wassup bagitau kena buat banyak sikit.. habis berebut budak-budak kelas lain pun katanya, cikgu pun ada minta lagi... huhuhu.. nanti hari guru lah buat pulak ya...
If korang nak order printed keychain atau apa item printed pun boleh, boleh request ikut tema majlis, nak buat doorgift kawin ke, doorgift birthday ke.. design untuk print pun boleh request...  Detail untuk nak order tengok sebelah ya... 

Terima kasih sudi singgah
Babai korang!!!... (^___^")y