Jumaat, 30 Januari 2015

Handmade Birthday Doorgift ( Key Chain Felt doorgift )

Assalamua'laikum...

Hai Korang!!...

Hari ni 30 Januari 2015 hari ulangtahun ke 10 hero kecik saya. Moga panjang umur, sihat selalu dan jadi anak yang baik untuk semua ☺ Kejap ja dah besar sangat hero kecik saya. 
Sempena hari lahir, hero kecik request nak bagi something pada kawan-kawan sekolah dan cikgu dia. Saya buatkan printed key chain untuk budak-budak, untuk cikgu-cikgu buatkan Fridge magnet. 



Design yang sama untuk key chain dan fridge magnet, cuma beza kat key chain dengan magnet tu ja.. Tema transformer tu as per birthdayboy request la.
Balik ja dari sekolah terus hero kecik wassup bagitau kena buat banyak sikit.. habis berebut budak-budak kelas lain pun katanya, cikgu pun ada minta lagi... huhuhu.. nanti hari guru lah buat pulak ya...
If korang nak order printed keychain atau apa item printed pun boleh, boleh request ikut tema majlis, nak buat doorgift kawin ke, doorgift birthday ke.. design untuk print pun boleh request...  Detail untuk nak order tengok sebelah ya... 

Terima kasih sudi singgah
Babai korang!!!... (^___^")y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan