Sabtu, 9 November 2013

Petua Tradisional : Berseri di Hari Bahagia




Assalamua'laikum....

Hai korang!!....

Mood gedik nak kawen ke hapa neh???.. oh.mai.. oh.mai.... o.k stop eh...
Saya gugel - gugel.. pastu terjumpa satu tips yang sangat baik untuk B2B, ex-b2b pun buleh join jugak (^_^) pastu terpikir nak share dengan korang kat sini la.. sebab simple sangat, buleh buat kat rumah ja.. Tradisional la katakan (^__^")

5 Petua Tradisional Untuk Bakal Raja Sehari

1 ) Agar wajah berseri di hari bersejarah, amalkan makan kelopak bunga ros 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Mulakan dengan membaca selawat Nabi dan diikuti dengan surah Al-Fatihah, niat dalam hati agar tampil menawan.

2 ) 30 hari sebelum majlis berlangsung, basuh muka dengan air rebusan daun sirih. Amalan ini dikatakan dapat merawat pelbagai masalah kulit dan membuatkan wajah tampak mulus dan cerah.

3 ) Cuci wajah dengan air sejuk dan diikuti selawat setiap pagi bangun tidur agar wajah tampak segar dan berseri.

4 ) Menjelang hari bahagia, sapu wajah dan leher dengan madu asli setiap malam kemudian bilas dengan air suam keesokkan paginya. Bahagian bibir pula, cuci dengan hiisan limau nipis. Wajah dan bibir akan kelihatan cerah kemerahan.

5 ) Rendam kaki dalam air garam bukit bagi membantu membuang toksin dalam badan dan membuatkan anda bertenaga serta cergas. Bagi wajah pula, basuh dengan air kelapa, biar hingga ia kering pada wajah.

Cuba tau Korang (^__^)

Terima kasih sudi baca (^____^")v



Tiada ulasan:

Catat Ulasan