Khamis, 26 Mac 2015

Handmade Love Printed Pillow - Bantal brgambar love -

Assalamua'laikum,

Hai korang,

Godek - godek draft terjumpa gambar ni, dah dekat sebulan tempahan ni rasanya. Lupa pulak nak share dengan korang. Tempahan kali ni pun dari regular customer saya. Bantal ke enam dah rasanya ni. Mudah berurusan dan tak cerewet, terima kasih ya incik Fikrie... ☺ Lepas ni order lagi tau....



Pada korang yng berniat nak tempah apa-apa barang dari Miera Craft, suka saya nak ingatkan bahawa saya memang tak terima order urgent tau, klau boleh order at least sebulan ke sebelum nak guna, sebab lately kerap sangat yang bertanya dan nak urgent seminggu dua lagi nak guna macamtu. Memang saya tak sempat buat la, sebab saya pun crafting weekend ja.. cuma kekadang kalau rajin + tak letih.. campur lagi idea tengah berkeliaran baru saya gigihkan diri crafting malam-malam... Siang Isnin - Jumaat saya ada kerja hakiki saya kat Office.. Balik opis nak kena uruskan rumah, masak-masak, mencuci, layan incik somi  bagai hikhikhikhikk... Jadi memang saya terpaksa limitkan tempahan. Nak buat tergesa - gesa mesti hasilnya tak cantik... kesian pulak nanti tak puas hati kan.. 
Nak hasilkan satu-satu kraft pulak bukan la senang, dari gunting huruf-huruf, design dan jahit semua handcut dan handsew okeh... Campur lagi nak kena perah idea sebelum buat, kalau tak gigih memang hasil kelaut la jawabnya. Maaf tau sebab sekarang banyak order saya terpaksa tolak... bukan tolak rezeki tapi saya tak mampu.. huhuhuhu...

Terima kasih sudi singgah..
Babai korang!!! (^___^")y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan