Rabu, 16 Julai 2014

Resepi : Homemade Ice Cream

Asslamua'laikum,

Hai korang!...

Sorry eh, hrini entry keluar tema sikit dari kraft, la ni kan bulan puasa, jadi haruslah makanan ja yang bermastautin difikiran khann....
Selalu time dating-dating ngan incik asben kat rumah kitaorang selalu makan aiskrim,.. campur dengan roti la, dengan buah la... slurrpppp...dap.. dap...
Tapi nak beli selalu-selalu rabak gak la kan, so saya decide buat aiskrim sendiri ja. Lagipun senang gila kot buat aiskrim ni, jadi gila pun tak senang tahap ni.. Tsskkkk... -,-"
Meh saya share resepi dengan korang...

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
1/3 susu pekat ( boleh kurang @ lebih ikut manis korang nak )
1 sudu besar Ovalet ( cari yang halal ya )
1 biji telur
1 sudu teh Esen Vanila
- untuk perisa korang boleh guna apa-apa perisa yang korang nak, nak tambah pewarna ke.. nak tambah oreo, kit kat, coklat rice, milo.. semua buleh..

Masukkan kesemua bahan kecuali bahan perasa dan pewarna

Mix guna mixer atau blender pun boleh, sampai adunan pekat berkrim. Putar laju-laju tau...

Bila adunan dah pekat, korang bahagikan pada beberapa bekas, ni untuk asingkan perisa. Tapi kalau korang nak buat 1 perisa ja tak payah la asingkan okey..
Pastu masukkan ja perisa dan pewarna sesedap hati korang ☺

Masukkan dalam 1 bekas yang ada penutup, nak recycle bekas ais yang lama-lama pun boleh...
Corakkan ikut suka hati korang, masa ni kalau nak tabur coklat rice ke, kismis ke, apa2 pun boleh....

Masukkan dalam fridge dan sabarlah menunggu sehingga beliau membeku ya... ☺

Ni hasil ais krim saya, rakus betul... tak sempat nak betul2 keras dah.. saya dah makan...
Senang ja kan?... korang kena buat sendiri tau lepasni, modal tak berapa hinggit pun, tapi hasilnya sangat sedap. Walaupun resepi ni guna telur, tapi korang jangan risau, sebab ais ni langsung tak da kesan telur pun, maksudnya tak da bau telur pun. Macam telur tu tak wujud dalam aiskrim tu pun tau. Korang try ok...

Saya nak sambung makan ais krim..lalala

Terima kasih sudi singgah.
Babai Korang!!!.... (^___^")y 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan