Khamis, 3 Julai 2014

DIY HANDBOUQUET FELT - Bunga Tangan Felt -

Assalamua'laikum,...

Hai Korang...

Saya nak share hasil diy bunga tangan felt masa saya kawen haritu, baru jumpa gambar-gambar ni...... 
Saya buat dua jenis dan dua warna, warna merah untuk majlis bersanding di rumah saya, dan warna purple untuk majlis bertandandang di rumah pengantin lelaki.
Memang dari awal-awal lagi saya rancang nak buat sendiri bunga tangan felt ni, sebab kalau sewa baju di butik pastu mesti dapat bunga tangan yang besar gedabak tu, bila snap gambar pun dah tak nampak inai ke, bling-bling kat baju pun... pastu saya pulak kurus.. kang letak bunga kat perut tapi sekali orang kat belakang buleh nampak bunga lagi hohoho... melampau statement... -,-'

Proses buat bunga, buat sambil makan pop corn neh... ☺

Dah siap bunga-bunga cinta saya ☺

Ni untuk guna d majlis bertandang, bunga ni guna dawai ja tempat pemegangnya.. tapi saya tambah span dgn reben2 la bagi cantik☺ 

Dah siap jadi camni...

Majlis bertandang guna yang ni

Majlis bersanding dengan akad nikah guna yang ni ☺

saya tambah Pearl tu bagi beliau cun sikit ☺

Sekarang dah jadi hiasan kat meja saya ☺
Maaf  la korang, tak ada step by step cara buat bunga tangan tu, saya tak sempat nak snap. Pegang barang, terus laju ja buat, tak nyempat nak snap2 gambar dah...
Saya terima tempahan untuk bunga tangan felt ni jugak tau. Boleh request jenis dan warna. boleh bagi contoh jugak kalau ada.. ☺ In Shaa Allah saya buatkan ☺

Terima kasih sudi singgah...
Babai korang!!!.... (^___^")y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan